Gambar hiasan

MADRID – Seramai lima pemain bola sepak antara dua divisyen utama di Sepanyol didapati positif Covid-19.

Menerusi kenyataan La Liga memaklumkan, kesemua pemain yang tidak dinamakan itu bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang simptom dan kini sedang menjalani pengasingan.

Mereka menjalani ujian dan hanya akan menyertai latihan apabila kembali dengan dua keputusan yang negatif.

La Liga memulakan ujian pemeriksaan terhadap pemain minggu lalu yang merupakan sebahagian protokol bagi memulakan kembali latihan dan saingan bola sepak elit di Sepanyol.

Ia agar dapat disambung kembali dalam keadaan tertutup pada Jun ini.

Beberapa kelab termasuk Barcelona, telah memulakan sesi latihan individu minggu lalu.

Sepanyol antara negara terjejas teruk di Eropah dengan 26,621 kematian dan 224,390 kes membabitkan wabak pandemik Covid-19 setakat semalam. – MalaysiaGazette