Lebih 7,551 warga asing yang menetap di sekitar di pasar Borong Kuala Lumpur diperiksa Jabatan imigresen Malaysia hari ini. Gambar Ihsan: Jabatan Imigresen Malaysia.

KUALA LUMPUR – Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang yang selama ini menjadi kubu kebal pendatang asing tanpa izin (PATI), termasuk etnik Rohingya, sejak lama menuju ke penghujung.

Ia bermula dengan penempatan mereka di sekita pasar borong itu diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) semalam.

Hasil serbuan, JIM menahan 1,368 PATI, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud.

Katanya, operasi yang bermula jam 6.30 pagi semalam disertai 1,136 pegawai yang terdiri dari pelbagai agensi daripada JIM, Polis DiRaya Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan (RELA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan Malaysia (MKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Operasi ini meliputi seluruh zon dalam kawasan Pusat Bandar Utara Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan 6 (PKPD 6).

“Kawasan ini menjadi tumpuan lambakan warga asing yang majoritinya bekerja di kawasan pasar borong.

“Seramai 7,551 orang warga asing telah diperiksa dan hasilnya seramai 1,368 orang PATI telah ditahan dan dibawa untuk proses dokumentasi di Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta,” katanya dalam kenyataan hari ini

KP Imigresen Indera Khairul memeriksa PATI yang dicekup di Pasar Borong Kuala Lumpur dalam operasi 11 Mei 2020. Foto Ihsan: JIM Putrajaya.

Tambah beliau, kesemua yang ditahan terdiri daripada warganegara Indonesia 421 orang, India (54 orang), Pakistan (6), Myanmar (790), Bangladesh (78) dan selebihnya lain-lain warganegara.

Menurut Khairul, jumlah tahanan berkenaan terdiri daripada 1,009 orang lelaki, 261 orang wanita dan 98 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan.

“Semua warga asing yang diperiksa dan PATI yang ditahan telah disahkan negatif Covid-19 oleh kementerian Kesihatan dan antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, memiliki dokumen (pas/permit) palsu dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen.

Salah seorang PATI menjalani saringan Covid-19 di pasar borong KL selepas diserbu da ditahan Imigresen pada 11 Mei 2020 semalam.Gambar Ehsan: Imigresen

“Kesemua mereka akan disiasat mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua PATI tidak berdokumen itu akan diusir ke negara asal mereka setelah menjalani hukuman dan akan disenaraihitam daripada memasuki Malaysia selama-lamanya,” tegasnya.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Alhamdulillah Terbaik,
    tp kerajaan dan pihak2 yg berkenaan jgn ingat masalah da selesai,
    masih ada terlalu ramai lagi warga asing yg perlu dihalau drpd negara ini,
    ini negara berdaulat,negara yg mempunyai sistem perundangan,
    gunakan kedaulatan serta perundangan negara untuk menyelesaikan semua masalah2 yg berkait dengan warga asing contohnya PATI,pengguna kad pengenalan palsu,pengguna kad pelarian palsu,lebih masa tinggal dalam negara,berniaga tanpa lesen,bekerja tanpa permit dan banyak lagi,
    mohon kerajaan dan pihak2 yg berkenaan memandang serius masalah ini serta membendung masalah ini dengan kadar segera.

Comments are closed.