Adrien Rabiot. Foto AFP.

ITALI – Pemain tengah Juventus Adrien Rabiot kembali teruja dengan usaha Manchester United untuk mendapatkannya selepas dia menyatakan hasrat untuk meninggalkan Old Lady pada musim panas ini.

Calciomercato melaporkan, khabar angin mengenai minat United terhadap Rabiot itu nampaknya bukan lagi sekadar spekulasi.

Ini kerana Red Devils dilaporkan membuka kembali minat mereka terhadap pemain antarabangsa Perancis itu.

Rabiot sebenarnya bukan hanya kali ini dikaitkan dengan United malah sejak dia masih beraksi bersama PSG.

Tetapi usaha United telah dihalang oleh Juventus musim panas lalu dan akhirnya pemain berusia 24 tahun itu memilih untuk memperkuat Old Lady sejak musim 2019/20.

Calciomercato melaporkan bahawa ia bukan hanya khabar angin kerana United benar-benar seris mendapatkan tandatangan Rabiot.

Laporan itu mendedahkan bahawa Rabiot memang merancang untuk meninggalkan Juventus musim panas depan.

Pemain tengah itu dilaporkan merasa ditipu oleh Maurizio Sarri. Sebabnya dia tidak mendapat minit permainan yang dijanjikan oleh bekas jurulatih Chelsea itu.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, agen Rabiot diketahui telah berhubung dengan pengurusan United dan dikatakan cuba membincangkan menegnai jersi yang akan dipakai di Old Trafford. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast