Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia dijangka menguncup pada suku kedua tahun ini, kata Bank Negara Malaysia.

Prospek ekonomi Malaysia terjejas oleh pandemik Covid-19 berikutan langkah tegas dalam usaha memutuskan rantaian wabak itu yang mengambil masa lama telah mempengaruhi permintaan luaran dan pertumbuhan domestik.

Bagaimanapun, Bank Pusat itu berkata, aktiviti ekonomi diramal pulih secara berperingkat-peringkat pada separuh kedua tahun ini dipacu oleh langkah-langkah dan kemajuan fiskal, monetari dan kewangan yang cukup besar dalam projek infrastruktur awam berkaitan dengan pengangkutan.

”Sejajar dengan unjuran peningkatan pertumbuhan global, ekonomi Malaysia diunjur merekodkan pemulihan positif pada tahun 2021,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan prestasi ekonomi dan kewangan negara pada suku pertama tahun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast