Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ringgit merosot sebanyak 4.9% berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku pertama berikutan aliran keluar portfolio bukan pemastautin yang besar RM26.2 bilion (AS$6.3 bilion) apabila penghindaran risiko global semakin meningkat.

Perkembangan ini selari dengan negara-negara serantau berikutan ketidaktentuan keadaan dan pandemik Covid-19 yang teruk, sekali gus memberi impak kepada ekonomi.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataannya berkata, pelbagai pendekatan telah dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan dan bank-bank pusat global untuk menyokong ekonomi berikutan sentimen pelabur tetap terjejas dengan prospek pertumbuhan global yang lemah dan tidak menentu.

”Hasil daripada penghindaran risiko yang berterusan dalam pasaran kewangan global dan permintaan untuk aset selamat, Malaysia terus mengalami aliran keluar portfolio bukan pemastautin dan ringgit menyusut sebanyak 5.8% berbanding
dolar AS pada tahun 2020 (setakat 12 Mei).

Memandangkan persekitaran tidak menentu akan berterusan dalam jangka masa terdekat, aliran modal dan kadar pertukaran dijangka mengalami turun naik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast