Maria Branyas3

MADRID – Seorang wanita tertua di Sepanyol yang berusia 113 tahun pulih daripada jangkitan koronavirus.

Maria Branyas didiagnos dengan jangkitan Covid-19 selepas negara itu mengenakan sekatan perjalanan pada bulan Mac.

Tetapi selepas beberapa minggu dikuarantin, Branyas pulih dan hanya mengalami simpton sederhana.

Ini bermakna sepanjang usinya, Branyas berjaya melalui wabak selsema pada tahun 1918/19, Perang Saudara Sepanyol 1936/39 dan koronavirus.

”Beliau kini dalam keadaan sihat, beliau gembira, mahu bercakap,” kata anak perempuannya.

Dilahirkan di Mexico pada tahun 1907, beliau berpindah ke San Francisco dua tahun kemudian dan tiba di Catalan semasa Perang Dunia Pertama dengan ayahnya yang merupakan seorang wartawan.

Branyas membesarkan tiga orang anaknya, yang mana salah seorangnya berusia 86 tahun, mempunyai 11 orang cucu – paling tua berusia 60 tahun dan 13 cicit.

Beliau tinggal selama dua dekad di pusat penjagaan di Olot. – MalaysiaGazette