Tiga lagi daerah kena PKPB berkuat kuasa tengah malam esok ialah Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan.

KUALA LUMPUR – Pasukan keselamatan meningkatkan kawalan di kawasan Pudu hari ini selepas kawasan itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Kawat berduri dipasang mengelilingi bangunan-bnagunan di sekitar kawasan berkenaan oleh anggota tentera pagi tadi.

Ketika ini petugas Kementerian Kesihatan mengerahkan semua penduduk menjalani saringan Covid-19 di khemah yang disediakan.

Penduduk bersama anaknya hadir untuk membuat ujian saringan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan Covid-19 ketika tinjauan Malaysia Gazette di sekitar kawasan Jalan Pudu, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 MEI 2020

– MalaysiaGazette