Seorang buruh binaan warga asing menjalani ujian saringan Covid-19 yang dikelola oleh majikan berikutan Perintah Kawaln Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan penularan wabak Covid-19 di Jalan Batai, Bukit Damansara. foto AFIQ RAZALI, 09 MEI 2020.

PUTRAJAYA – Dua kluster Covid-19 yang menghadiri perhimpunan tabligh di Makassar, tamat pemantauan dan rawatan hari ini.

Kluster tersebut adalah kluster Bandar Baharu Datuk Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Johor dan kluster di Sabah, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, tiada kes baru Covid-19 dilaporkan untuk tempoh 28 hari.

“Kluster itu melibatkan 193 kes dan melibatkan empat kematian,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurut Noor Hisham, sebanyak sembilan kes kluster di Sabah yang menghadiri perhimpunan tabligh Makassar namun tiada kematian.

Bagaimanapun katanya, terdapat dua kes kluster yang masih aktif sehingga hari ini iaitu kluster tapak pembinaan Kuala Lumpur dan kluster pengawal keselamatan, Cheras.

“Kluster tapak pembinaan Kuala Lumpur ada pertambahan 1 kes menjadikan jumlah keseluruhan 31.

“Kluster pengawal keselamatan Cheras ada pertambahan 1 kes menjadikan jumlah 25 kes,” ujarnya.

Tambah Noor Hisham lagi, setakat ini Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyaring dan menguji seramai 26,000 bukan warganegara dan daripada jumlah itu sebanyak 1,302 positif Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast