full scale MCO Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020. parliament sitting Malaysia
Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020.

KUALA LUMPUR – Ironi dengan sikap terkejut dan ‘tertaya-tanya’ bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kelmarin yang melepas tanpa membebaskan Riza Aziz.

Riza merupakan anak tiri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan, beliau berharap Dr. Mahathir tidak bersikap hipokrit dengan mengatakan beliau ‘tertanya-tanya, keliru dan tidak faham.

Walhal itu merupakan keputusan yang diputuskan oleh Peguam Negara dan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan kes itu pada akhir tahun lalu.

“Saya merujuk kepada kenyataan Tun Dr. Mahathir tentang tindakan Mahkamah Sesyen memberikan Pelepasan Tanpa Pembebasan (Discharge Not Amounting To Acquittal) kepada Riza Aziz baru-baru ini.

“Tindakan Tun amat-amat tidak menasabah sebagai bekas Perdana Menteri pada masa material dan kerajaan berharap Tun tidak terus bertindak mengelirukan rakyat dengan mengatakan beliau ‘keliru’,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Tun Mahathir keliru dan tertanya-tanya

Tambah beliau, hakikatnya kerajaan PN akan terus bertindak mengikut undang-undang dan berpegang kepada prinsip kebebasan badan kehakiman dan proses perundangan yang sah mengikut undang-undang.

Takiyuddin mengulas kenyataan Dr. Mahathir yang mendakwa beliau tidak berniat untuk mempersoalkan perkara itu kerana mungkin ia dibuat berdasarkan undang-undang.

Bagaimanapun, katanya, keputusan itu menimbulkan tanda tanya dan mencetuskan kebimbangan kelak pada masa hadapan seseorang yang telah mencuri duit yang banyak dengan mudah dibebaskan semula kerana dia memulangkan duit tersebut.

“Adakah kita pada masa hadapan jika ada seorang pencuri curi duit dia kena tangkap dihadap makamah selepas itu dia kata tak apalah saya bagi balik duit itu balik, tak kan lah kita nak kata okaylah okaylah kita ambil balik, dia lepas,” katanya di laman Facebook.

Jika ‘dia’ masih tak faham, panggil Gopal Sri Ram, Tommy Thomas jelaskan – Najib

Kenyataan itu juga mendapat reaksi Najib yang berkata pihak pendakwa diketuai Gopal Sri Ram dan juga bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, kedua-duanya dilantik oleh Pakatan Harapan semasa memerintah yang memulakan proses penyelesaian dengan Riza.

“Pihak SPRM pun tak keluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka terkejut kerana kes Riza Aziz (yang tidak pernah masuk hari pertama perbicaraan) diselesaikan seperti mereka terkejut apabila kes Guan Eng rasuah digugurkan masa PH walaupun puluhan saksi dah dipanggil dan perbicaraan sudah berjalan hampir sebulan.

“Malah, pihak SPRM tiada masalah dengan penyelesaian kes Riza dan masih tegas ianya keputusan Tommy Thomas,” kata Najib dalam hantaran di laman Facebook. – MalaysiaGazette

Persetujuan lepas tanpa bebas Riza, kerajaan bakal terima semula aset RM465.3 juta

2 Komen

  1. Ada yang guna duit negara main Forex berbilion rugi tidak mahu pulang kan semula. Selepas itu tidak mengaku dan buat selamba sahaja, kalau tak percaya tanya kawan dia LKS.

  2. Woii badigol.. Kes forex dh RCI pon.. Dan tidak ada salah laku oleh TUN
    Berbanding dgn Riza mmg special setelah bergabong dgn lebat +penyamun.. So boleh pulak pulang balik.. Hancusss
    Tomny Thomas pon nafikan ada buat tawaran mcm tu.. Hmpehhh… Rakyat watching u gaisss

Comments are closed.