Ahmad Muzakkir Hamid

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah menfailkan rayuan untuk mengenepi dan membatalkan keputusan FIFA ke Mahkamah Timbangcara Sukan.

Persatuan itu juga memohon penangguhan pembayaran denda sehingga keputusan rayuan diputuskan namun Mahkamah Timbangtara Sukan masih belum memutuskan samada permohonan ini dibenarkan atau tidak.

Artikel berkaitan: KAFA terpaksa kutip derma untuk lunas gaji Casio Franciso

Sekiranya dibenarkan maka KAFA diberi tempoh untuk membuat bayaran sehingga keputusan tersebut diputuskan seandainya rayuan pihak KAFA ditolak, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid.

”Rayuan tersebut mengenai adalah ekoran arahan FIFA bagi selesaikan hutang kepada bekas pemain import, Casio Francisco De Jesus untuk bayaran tunggakan gaji berjumlah RM629,620.28 yang diberi tempoh 30 hari bermula 23 April 2020,” katanya.

Derma Atas Talian Selamatkan Bola Sepak Kelatan yang dilancarkan 9 Mei lalu telah mengutip sebanyak 12,400 setakat jam 12 tengah hari tadi.

Ahmad menjangkakan lebih ramai lagi penderma akan tampil menyumbang dalam tabung ini jika rayuan KAFA diterima. – MalaysiaGazette