Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan memutuskan sama ada akan mengenakan saman ke atas orang ramai yang mengambil tindakan rentas negeri ketika sambutan perayaan Aidilfitri.-Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan memutuskan sama ada akan mengenakan saman ke atas orang ramai yang mengambil tindakan rentas negeri ketika sambutan perayaan Aidilfitri.

Keputusan itu akan diketahui dalam mesyuarat yang akan diadakan esok, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, pertimbangan itu dibuat bagi memastikan tidak berlaku penularan jangkitan wabak Covid-19 pada musim perayaan.

“Sekarang kita hanya memberi nasihat supaya berpatah balik tetapi (kerajaan) mungkin akan menguatkuasakan kaedah seperti saman.

“Jadi kita akan berbincang dalam mesyuarat MKN esok untuk melihat kepada tindakan penguatkuasaan,” katanya pada sidang media situasi semasa Covid-19 di kementeriannya hari ini.

Noor Hisham mengulas mengenai peningkatan kenderaan yang cuba merentas negeri untuk pulang menyambut hari raya di kampung dimana perkara itu telahpun berlaku.

Umat Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri Ahad ini dalam situasi negara di landa penularan pendemik Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. tak payah putuskan tetapi terus saman mengikut peruntukkan undang undang yang ada..Bagi tau dengan tegas kami akan menguatkuasakan undnag undnag saman pada yang merentas negeri tanpa ada alasan yang kukuh seperti kecemasan..

Comments are closed.