Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap dalam sidang media Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 18 MEI 2020.

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Parlimen yang bersidang hari ini sebagai gedung bisu apabila sidang dihadkan hanya untuk istiadat pembukaan Penggal Ketiga Sidang Parlimen ke-14.

Bercakap dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, bekas perdana menteri itu berkata, apabila Parlimen yang sepatutnya menjadi gedung bercakap dihadkan fungsinya maka ia bermakna berakhirlah demokrasi.

Katanya, sesi pembukaan kira-kira dua jam berlangsung dengan tertib membuktikan persidangan sepatutnya boleh dijalankan untuk tempoh lapan hari bahkan sehingga waktu malam sebagaimana yang dikehendaki oleh pembangkang.

Sambil mengucapkan tahniah kepada para pegawai Parlimen termasuk Yang Dipertuanya kerana segala-galanya berjalan dengan licin sekali seperti tempat duduk dijarakkan, para wakil rakyat diperiksa suhu badan serta mencuci tangan sebanyak dua kali, namun keputusan mengehadkan agenda persidangan amat dikesali.

“Saya fikir kalau selepas ini ada jangkitan Covid-19 ia bukanlah kerana kerajaan tidak ada usaha,” katanya menolak alasan kerajaan bahawa pandemik Covid-19 menyebabkan sidang terpaksa dilangsungkan sehari dan dihadkap kepada titah diraja bagi pembukaan penggal ketiga sidang Parlimen ke-14.

Dr Mahathir berkata, dalam keadaan kerajaan membenarkan rakyat bebas bergerak termasuk makan di kedai dan membeli-belah, justeru tidak sepatutnya ada masalah untuk melangsungkan sidang selama lapan hari.

Beliau turut mengambil contoh sidang Dewan Undangan Negeri Sabah selama tiga hari, dan tidak ada wakil rakyat di situ yang dijangkiti Covid-19.

“Tetapi di Kuala Lumpur, barangkali ahli-ahlinya penuh dengan Covid-19, bila bercakap boleh keluar dari mulut, kalau tidak bercakap maka baguslah,” katanya.

Dewan Rakyat sepatutnya bersidang lapan hari sebagaimana usul tergempar yang diterima Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

Ia bagaimanapun berlangsung sehari sahaja dengan hanya titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. -MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Atuk95 lain kali jangan bakar rumah lepas tu baru panggil bomba ;

    Panggil bomba dulu bila bomba Dah Ready baru bakar sampah2 tepi rumah jangan bagi merebak sampai ke rumah.

    Sendiri buat masaalah salah an pihak yang lain. Bodoh le Atuk95 nie.

  2. Kenapa bukan Anwat ketua pembangkang yang bercakap, atau Anwar yang syok sendiri melantik diri jadi ketua pembangkang, walhal PAN, DAP dan Warisan hanya mahu TUN jadi ketua Pembangkang.

  3. Pada pandangan saya, DrM cakap tu ada kebenaran nya, dlm keadaan dewan yg terkawal serta lengkap dgn SOP segala nya, saringan ke atas semua wakil rakyat pun dijalankan memang patut dibenarkan bersidang.

  4. Saiman Basar.
    Atok tu kalau setakat duit pencen dah berlebih-lebih.
    Setakat jawatan pun dah tak terkira.
    Setakat ketokohan tak terkata.

    Ini sbb gerak hati atok.
    Yg mahu tngk negara ini bersih dari dipimpin oleh para pengkhianat, para perompak & penyalah kuasa & penunggang penunggang agama.

    Allahu akbar.
    Jazakallah khairan atok

  5. TUN, BANYAK CAKAP BANYAK YG TAK BETUL. DIAM LEBIH BAIK. BERZIKIR INGAT ALLAH LAGI BAIK.

Comments are closed.