Kawasan bandar Qatar yang sunyi susulan langkah-langkah penularan wabak koronavirus. foto Agensi

DOHA – Qatar mengetatkan peraturan aktiviti-aktiviti komersial dengan mengarahkan semua kedai ditutup hingga akhir bulan ini.

Langkah ini merupakan pendekatan bagi mengekang novel koronavirus.

Bagaimanapun, peraturan itu dikecualikan kepada farmasi, kedai dan penghantaran makanan.

Pusat beli belah dan perkhidmatan makan di restoran telah dilarang beroperasi.

Qatar yang memiliki populasi 2.8 juta orang merekodkan 1,364 kes positif Covid-19, menjadi jumlah keseluruhan sebanyak 33,969 .

Negara itu merupakan negara kedua tertinggi dalam kes koronavirus dalam kalangan enam negara Teluk Arab selepas Arab Saudi.

Jumlah kes kematian adalah sebanyak 15.

Qatar, yang mana ekspatriat merupakan majoriti penduduk di sini, seperti negara-negara Teluk lain menyaksikan virus itu merebak dalam kalangan pekerja asing bergaji rendah yang tinggal di kawasan sempit.

Langkah-langkah lain yang dipersetujui oleh Kabinet termasuk mewajibkan semua warga dan penduduk menggunakan aplikasi mudah alih untuk mengesan kes Covid-19 mulai 22 Mei, lapor agensi berita, QNA.

Kerajaan juga tidak membenarkan lebih dari dua orang boleh berada di dalam kereta dan hingga tiga orang di dalam kenderaan yang menggunakan khidmat pemandu.

Perkhidmatan bas mesti beroperasi separuh kapasiti.

Penduduk Qatar dibenarkan bersenam di tempat awam berhampiran tempat kediaman mereka sekiranya melakukan latihan penjarakan sosial dan memakai topeng muka, kata QNA. – MalaysiaGazette