Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR- Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengesahkan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi menjadi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ini ekoran peletakan jawatannya di tengah-tengah kemelut politik yang berlaku pada akhir Februari lalu.

Surat daripada RoS itu memaklumkan pengunduran Mahathir sah dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memangku jawatan itu juga adalah sah.

“Jika pengerusi berhenti atau diberhentikan, presiden PPBM berhak memangku jawatan itu sehingga pemilihan diadakan, menurut Klausa 16.9 perlembagaan PPBM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette

 

6 Komen

  1. Bgus, biar org tua tu berehat lh tak pyh nk sibuk2 pasa politik lg, dah tua dah..ingat pd mati lh lg bgus…harap2 Allah bg hidaya kpd mahathir ni , supya dia tak mati dlm kerugian..

  2. Baru je sianak Boboy kena tendang dari kerusi MB, dua kali jadi MB tapi tak sampai sepenggal, memalukan!

    Kini giliran Atok pula kena tendang!!!

    Cukkurrrrr lah!

  3. Kalau Bersatu tidak mahu ikut perlembagaan, harap ROS batalkan sahaja pertubuhan Bersatu ini, sebagaimana Tun pernah membatalkan UMNO. Harap pisang berbuah 2 kali, kerana hasil tangan Tun.

  4. Sudah sampai masanya kita pecat dia dan anak dia atau gantung saja keahlian.

Comments are closed.