DUN Perlis - GAMBAR HIASAN

KANGAR –  Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis esok hanya akan berlangsung selama satu jam setengah.

Speaker DUN Perlis, Datuk Hamdan Bahari berkata, perkara itu diputuskan seiring dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan menurut Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan penularan wabak COVID-19.

“Kita akan pastikan persidangan berlangsung dalam tempoh yang disarankan iaitu selama satu jam setengah dan tidak akan melebihi dua jam,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Persidangan DUN Perlis ke-14 sepatutnya berlangsung selama dua hari bermula esok.

Hamdan juga berkata, kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu datang awal bagi menjalani saringan kesihatan yang akan dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Perlis bermula 9 pagi sebelum mereka dibenarkan memasuki dewan persidangan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast