BANGKOK- Kerajaan memutuskan syarikat penerbangan Thai Airways International (Thai) memfailkan pengisytiharan muflis di Mahkamah Muflis Pusat bagi membolehkan pelan pemulihannya berjalan.

Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha berkata, ia adalah jalan terbaik bagi membantu syarikat penerbangan yang terbelenggu masalah kewangan itu kembali pulih.

Di bawah pelan pemulihannya, Thai tidak akan menerima sebarang bantuan kewangan daripada kerajaan tetapi dalam masa yang sama tidak boleh memberhentikan 20,000 kakitangannya.

“Ini adalah keputusan yang sukar tetapi ia demi kepentingan negara dan rakyat,” katanya.

Dua lagi pilihan lain yang dibantah kerajaan adalah mencari dana bagi syarikat tersebut atau membiarkan ia bankrap dengan sendiri.

Tambah Perdana Menteri itu, proses untuk memulihkan semula Thai adalah sukar kerana terdapat peraturan ketat di bawah undang-undang buruh dan perusahaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast