Norfarhan Muhammad.

KUALA LUMPUR – Bekas penyerang berbisa The Red Warriors (TRW), Norfarhan Muhammad meletakkan sepenuhnya kesalahan ke atas Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) yang masih melanggar perjanjian menyelesaikan hutang secara ansuran seperti dipersetujui antara mereka sebelum ini.

Menerusi laman Facebook miliknya, penyerang kebangsaa itu menyarankan agar KAFA dibubarkan sahaha.

“Semasa pemain bagi kelonggaran sehabis daya sehabis murni, sudah bertolak ansur dengan KAFA. Tapi pihak KAFA hanya pentingkan diri. Benda boleh selesai elok-elok, siap bagi less (pengurangan) dari jumlah sebenar pun masih diam membisu.

“Apabila berlaku begini cuak nak minta derma sana sini. Apa fungsi orang dalam KAFA itu sendiri? Suruh ore (orang) dalam KAFA itu derma dulu. Sudah-sudah la berdrama. Tiada orang yang lebih layak pegang KAFA selain Tan Sri Annuar Musa.

“Itulah set demo (anda semua). Elok-elok Tan Sri pegey (pegang) dulu demo suruh lepas jawatan. Dulu Tan Sri ada juga sangkut, tapi guna kecerdikan budi bicara boleh selesai juga. Sudah hilang jawatan nak suruh buat apa lagi. Bubar KAFA,” tulisnya meluahkan rasa hati. – MalaysiaGazette