Ketua E-Komersial Digital Big Blue Capital (M) Sdn Bhd, Mohd Aszemi Ibrahim (kanan) menyampaikan sumbangan kepada sebahagian pemandu teksi sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pejabat Big Blue Capital, Wisma Central, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 MEI 2020
Ketua E-Komersial Digital Big Blue Capital (M) Sdn Bhd, Mohd Aszemi Ibrahim (kanan) menyampaikan sumbangan kepada sebahagian pemandu teksi sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pejabat Big Blue Capital, Wisma Central, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 MEI 2020

KUALA LUMPUR – Penularan wabak Covid-19 memberikan kesan kepada semua pihak tidak kira apapun status dan kedudukan mereka.

Antara yang paling menerima kesan drastik adalah golongan pemandu teksi yang bergantung harap kepada penumpang dalam meraih pendapatan harian.

Golongan itu mendakwa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu sehinggalah kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kini menyebakan pendapatan mereka merosot sehingga 90 peratus.

Mohd Latiff Hamid, 64, berkata sepanjang PKP dan PKPB dilaksanakan beliau hanya mampu membawa pulang RM20 sahaja untuk keluarga setelah seharian memandu teksi.

“Saya sebagai pemandu teksi boleh katanya kerugian 90 peratus pendapatan. Hari biasa saya boleh dapat antara RM100-RM200 sehari, masa pelaksanaan PKP, saya hanya dapat RM20 sehari bukan sejam.

“Memang terasa kesusahan masa PKP, tetapi tidak boleh buat pada sekadar menerima sahaja nasib sebab bawa teksikan,” katanya yang berkongsikan pengalaman kepada MalaysiaGazette.

Pemandu teksi, Mohd Latiff Hamid bercakap kepada media selepas menerima sumbangan di Pejabat Big Blue Capital, Wisma Central, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 MEI 2020
Pemandu teksi, Mohd Latiff Hamid bercakap kepada media selepas menerima sumbangan di Pejabat Big Blue Capital, Wisma Central, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 MEI 2020

Mohd Latiff antara 50 pemandu Blue Teksi yang menerima bantuan daripada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat syarikat pengendali teksi itu, hari ini.

Ini adalah bantuan keempat yang diterima Big Blue Capital Sdn Bhd sepanjang pelaksanaan PKP dan PKPB.

Dalam pada itu, beliau turut menjangkakan industri perkhidmatan teksi akan mengambil masa yang lama untuk kembali seperti sedia kala.

“Nak kembali seperti dahulu pasti akan makan masa dan sekiranya pelancong sudah boleh masuk ke negara ini dan hotel sudah boleh mula beroperasi semestinya kami boleh kembali ke kedudukan sebelum PKP.

“Kita sudah tidak ada arah lagi sampai terpaksa juga bawak teksi untuk cari rezeki, kalau duduk kat rumah, duit pun tak masuk.

“Kita harap kerajaan campur tangan dan beri potongan sewaan separuh harga kepada pemandu teksi di negara ini. Kalau harga sewa RM30 sehari, mungkin boleh bagi RM15 sehari sahaja,” katanya.

Bagaimanapun Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang disalur kepada golongan B40 amat memberikan kelegaaan kepada beliau dan keluarga.

“Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ada terima dan boleh ringankan beban kami, tetapi kami pemandu kalau tak bawa pun kena bayar sewa harian.

“Samada ada penumpang atau tidak, kami tetap kena bayar sewa.

“PKP memang beri kesan kepada saya dan kelaurga, tapi kita kean hadapi juga perkara ini, kalau ada bantuan daripada mana-mana pihak kurang sikit beban kami”, katanya dalam nada sebak. -MalaysiaGazette