Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan tidak akan meneruskan penggabungan antara Universiti
Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor dan cabaran semasa antaranya perbezaan fokus tujahan yang ketara, penyelarasan fakulti akademik dan institusi penyelidikan sedia ada dan tahap ketersediaan warga kedua-dua buah universiti ini dalam membentuk satu identiti tersendiri bagi universiti baharu kelak.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, kementerian itu mengambil serius pandangan setiap warga universiti dalam melaksanakan penggabungan ini dan telah meneliti implikasi jika penggabungan ini diteruskan terutamanya terhadap pembangunan pelajar bagi kedua-dua buah universiti.

Artikel berkaitan: Penggabungan UMT, UNISZA masih dibincangkan lagi

Kerajaan Terengganu tetap mahu gabungan UMT-UniSZA dikaji

Penggabungan UMT, UniSZA: Tiada sesiapa akan diberhentikan

Jawatankuasa khas bincang penggabungan UMT-UniSZA

”Penggabungan UMT dan UniSZA juga akan memadamkan kejayaan yang telah dicapai dalam mencipta identiti dan mengembangkan fokus tujahan masing-masing hingga ke peringkat antarabangsa.

“Penggabungan tersebut turut dijangka akan melibatkan kos yang tinggi. Oleh yang demikian, penggabungan ini tidak akan diteruskan oleh pihak kerajaan,” katanya di sini.

Cadangan penggabungan itu diputuskan oleh Jemaah Kabinet Pakatan Harapan pada 5 September tahun lalu bertujuan mengukuhkan keupayaan kedua-dua universiti sejajar dengan 10 lonjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).

Bagaimanapun, keputusan itu dibantah oleh Majlis Profesor UMT kerana misi dan visi kedua-dua universiti adalah berbeza.

Majlis itu berpandangan UMT dan UniSZA tidak mempunyai banyak pertindihan dari segi pengkhususan dan kebitaraan untuk digabungkan, selain daripada faktor jarak fizikal antara kedua-dua universiti. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.