JAKARTA – Bermula Julai tahun ini, Indonesia akan mula mengenakan Cukai Nilai Tambah atau VAT bagi mewajibkan syarikat-syarikat berkaitan teknologi global berbuat demikian.

Agensi melaporkan, VAT ini dikenakan ke atas jualan produk dan perkhidmatan digital dengan caj sebanyak 10 peratus.

Bermula 1 Julai ini, syarikat internet tanpa pejabat fizikal yang mempunyai kedudukan ekonomi yang signifikan di pasaran Indonesia, termasuk perkhidmatan penstriman, aplikasi dan permainan digital dalam talian.

Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati berkata VAT ke atas produk internet seiring perubahan corak penggunaan internet orang ramai khususnya pada ketika larangan keluarga bertujuan mengekang penularan COVID-19

Sebelum ini juga dalam satu kenyataan Menteri Kewangan, sudah dinyatakan sebelum ini perkhidmatan seperti Spotify dan Netflix antara yang dikenakan dengan cukai baharu itu.

Bagaimanapun belum ada apa-apa kenyataan mahupun sebarang pengesahan berhubung perkara ini.

Malah sebelum sudah ada ulasan daripada segelintir penganalisis yang mendedahkan berikutan pandemik Covid-19, rata-rata negara yang mengalami krisis ekonomi teruk akan bertindak mengenakan pelbagai cukai selepas ini.

Ini termasuklah terhadap syarikat gergasi internet yang dapat melihat peningkatan pendapatan ketika rakyat kekal berada di rumah ketika penguatkuasaan perintah berkurung.

Kebanyakan syarikat-syarikat ini juga menjana keuntungan berikutan perintah kawalan pergerakan atau berkurung dikenakan.

Hampir 140 negara dari Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) sedang merundingkan penulisan semula peraturan cukai pertama bagi menambah baik kenaikan syarikat teknologi besar.

Antaranya seperti Amazon, Facebook, Apple dan Google yang sering mencatatkan keuntungan dengan harga yang cukai rendah.

Baru-baru ini Perancis juga telah mengumumkan rancangan untuk mengenakan kutipan cukai digital tahun ini.

Krisis ekonomi akibat pandemik COVID-19 dijangka mengakibatkan banyak negara memerlukan tambahan tunai untuk merangsang semula kemelesetan ekonomi.

Ekonomi digital Indonesia berkembang pesat dan dijangka mencapai AS$130 bilion (RM567.25) pada tahun 2025, menurut kajian oleh Google, Temasek Holdings dan Bain & Company dengan kepadatan penduduk sebanyak 270 juta orang. –MalaysiaGazette