Koordinator Pemuda Negara Negeri Sembilan, Datuk Seri Sanjeevan Ramakrishnan (tengah) serta Koordinator Pemuda Selangor, Muhamad Mizan Adli Mohd Noor (kiri) menunjukkan laporan kepada Suruhanjaya Pengecahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa siasatan ke atas dakwaan tindakan bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng berhubung akaun bank seorang ahli perniagaan yang dibekukan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 02 JUN 2020

PUTRAJAYA – Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pemuda Negara tampil membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pengecahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menggesa siasatan ke atas dakwaan tindakan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung akaun bank seorang ahli perniagaan yang dibekukan.

Menurut Koordinator Pemuda Negara Negeri Sembilan, Datuk Seri Sanjeevan Ramakrishnan, SPRM perlu memanggil Guan Eng dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas untuk diambil keterangan berhubung dakwaan itu.

“Saya rasa apa yang dilaporkan oleh media tempatan sudah memadai untuk SPRM melakukan siasatan ditambah pula Timbalan Pesuruhjaya SPRM semalam telah mengeluarkan kenyataan akan melakukan siasatan.

“Saya minta pihak terlibat dan pihak di luar jangan politik isu ini, sebab benda ini bukan isu politik,” katanya selepas membuat laporan kepada SPRM hari ini.

Sanjeevan berkata, siasatan SPRM itu juga sebagai jalan terbaik bagi Guan Eng dan Tommy membersihkan nama mereka.

“Kami buat laporan SPRM dan mereka perlu melakukan siasaan dan jika Guan Eng tidak bersalah ini merupakan ruangan untuk beliau bersihkan nama beliau dan imej beliau. Ini satu kes melibatkan integriti bekas seorang menteri dan seorang Ahli Parlimen,” katanya lagi.

FMT semalam melaporkan Guan Eng pernah meminta Jabatan Peguam Negara (AGC) membatalkan arahan pembekuan melibatkan beberapa akaun bank milik seorang taikun hartanah yang sedang disiasat berhubung transaksi kira-kira RM4 juta dana berkait 1MDB.

Sementara itu, Koordinator Pemuda Selangor, Muhamad Mizan Adli Mohd Noor turut mempersoal kepentingan Guan Eng dengan ahli perniagan terbabit.

“Adakah ahli perniagaan ini didakwa selepas gagal membayar wang 1MDB yang dikatakan telah diterima dari akauan Najib Razak.

“Kenapa peguan negara (Tommy) akur kepada permintaan menteri (Guan Eng) sedangkan ini adalah jelas diluar bidang kuasa pihak menteri tersebut.

“Mengapa ahli perniagaan tersebut tidak menggunakan perkhimatan peguam atau menghubungi pihak peguam negara secara terus,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Beberapa laporan terhadap Guan Eng, Tommy Thomas dibuat hari ini

1 Komen

  1. Biarlh Sprm siasat.. Ko siapa nk suruh suruh Sprm
    Sprm badan berintegriti biar mereka siasat

Comments are closed.