Chase Carey

LONDON – Perlumbaan Formula 1 musim ini tidak akan terbatal sekali lagi sekiranya mana-mana pemandu atau kakitangan pasukan diuji positif Covid-19 kata Pengerusi F1, Chase Carey.

Pengerusi dan Ketua Eksekutif F1 itu bercakap selepas mengumumkan 8 perlumbaan pertama F1 musim 2020 yang telah dijadualkan semula di Austria dari 5 Julai ini.

“Kita bersiap sedia dengan segala prosedur Kesihatan Covid-19 yang dinasihatkan bagi memastikan sebarang jangkitan selepas ini tidak membawa kepada pembatalan perlumbaan selepas ini.

“Jika pelumba itu terjangkit (Covid-19), pemandu simpanan (pasukan) bersiap sedia,” katanya.

Musim 2020 F1 tergantung sejak Mac lalu selepas Grand Prix F1 Australia dibatalkan setelah pasukan McLaren diuji positif Covid-19.

Bagaimanapun tercetus persoalan bagaimana F1 akan mengawal dan menguruskan sebarang penyebaran virus sekiranya dikesan positif dari mana-mana pasukan.

Tetapi Carey menyuarakan keyakinanya bahawa protokol tegas F1 telah ditetapkan untuk meminimumkan risiko jangkitan Covid-19.