SEOUL – Korea Utara berkata, Amerika Syarikat (AS) tidak berhak mengkritik China berhubung Hong Kong dan hak kemanusiaan, sedangkan Washington ini diancam oleh tunjuk perasaan anti-rasis di negara sendiri.

Artikel itu diterbitkan oleh akhbar Korea Utara, tetapi tidak menamakan jurucakap dari Jabatan Hubungan Luar Negeri bagi Parti Pekerja Korea (WPK).

Kritikan itu dilemparkan kepada Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo.

Bercakap kepada Fox News Ahad lalu berkata, Pompeo mengatakan tindakan baru-baru ini oleh Parti Komunis China menunjukkan bahawa ia “bermaksud menghancurkan idea barat, demokrasi barat, nilai-nilai Bbarat” dan “membahayakan orang Amerika.”

Ucapan Pompeo mengenai Hong Kong, Taiwan, hak asasi manusia dan pertikaian perdagangan adalah “omong kosong” yang memfitnah kepimpinan Parti Komunis China (PKC), kata jurucakap WPK.

“Pompeo, yang sangat asyik dalam pengintipan dan plot pembunuhan terhadap negara lain, menjadi terlalu bodoh untuk mengetahui di mana matahari terbit dan di mana matahari terbenam,” kata jurucakap itu.

Kenyataan seperti itu oleh pemimpin Amerika adalah tanda kebimbangan mereka terhadap kejatuhan Amerika Syarikat , katanya, memetik protes oleh penduduk Amerika Syarikat terhadap kekejaman polis.

Para penunjuk perasaan marah dengan sikap rasis melampau, malah White House juga. Inilah realiti di Amerika Syarikat pada hari ini.

Agensi berita Yonhap Korea Selatan mengatakan, ini adalah pertama kalinya jabatan antarabangsa WPK mengeluarkan kenyataan sendiri sejak pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mengambil alih kuasa pada tahun 2011. – MalaysiaGazette