KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi memutuskan untuk melapangkan perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan penyewelengan RM2.3 bilion yang dihadapi oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

Sepatutnya mengikut ketetapan, perbicaraan kes itu sepatutnya bermula hari ini di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah kemudian diputuskan akan bersambung 29 Jun ini.

Collin Sequerah juga menetapkan 1 dan 2 Julai untuk sambung kes 1MDB ini.

Namun peguam yang mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu pihaknya masih lagi belum tamat penggulungan akhir kes pembelaan SRC International Sdn Bhd yang sedang berjalan ketika ini.

“Kami masih sedang berhujah  dalam kes rasuah pembelaan SRC International Sdn Bhd untuk hari ini.

“Sehubungan itu, pihak pembelaan meminta mahkamah melapangkan perbicaraan hari ini,” katanya di hadapan Collin Sequerah.

Muhammad Shafee dijangka meneruskan pemeriksaan balas ke atas saksi kesembilan pendakwaan, bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Najib berhadapan dengan empat pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dari dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. –MalaysiaGazette