Shazni Munir Mohd Ithnin
Shazni Munir Ithnin

KUALA LUMPUR -Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pemimpin Armada Bersatu selepas melaporkan salah laku rasuah ke atas Perdana Menteri adalah sesuatu yang sangat mengejutkan.

Itu dakwaan Timbalan ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin dan beliau tidak menolak kemungkinan lebih ramai pimpinan sayap Bersatu itu akan dikenakan tindakan sama.

“Lebih mengejutkan, SPRM dengan pantas membuat tangkapan terhadap pimpinan Armada Bersatu.

“Laporan ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin tiada tindakan, Armada pula yang ditangkap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, beberapa pemimpin Armada lantang mengkritik pimpinan tertinggi parti itu diterajui presidennya, Muhyiddin kerana didakwa berkomplot dengan pemimpin UMNO untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, Shazni Munir melahirkan rasa kesal apabila lebih 48 jam dakwaan sogokan melibatkan Perdana Menteri dilaporkan kepada SPRM masih tiada sebarang perkembangan.

“Selepas 48 jam membuat laporan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, disusuli laporan di pejabat SPRM Kelantan dan Kota Kinabalu.

“Pemuda Amanah sehingga kini belum menerima apa-apa respon daripada SPRM berhubung Laporan Salah Laku Sogokan Jawatan oleh Perdana Menteri,” katanya.

Beliau juga mendesak SPRM segera memulakan siasatan terhadap Perdana Menteri secara bebas tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

“Kami tidak mahu SPRM era kerajaan kleptokrat berulang kembali,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan sikap berdiam SPRM yang masih tidak melakukan sebarang tindakan sedangkan laporan salah laku rasuah sudah dibuat lebih 48 jam.

“Malangnya sehingga kini tiada sebarang pemakluman daripada pihak SPRM. Persoalannya sekarang, apakah laporan yang dibuat itu langsung tidak diambil kira oleh pihak SPRM?

“Lebih menggusarkan, adakah status sebagai Perdana Menteri menyebabkan Tan Sri Muhyiddin kebal daripada Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009?” soalnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Armada sahkan pemimpinnya ditahan SPRM

4 Komen

  1. Kanak-kanak ni ingat selepas 48jam laporan dibuat segala kes akan diambil tindakan oleh pihak yang berkuasa!
    Ini bukan cerita dalam tv boleh aelesai dalam tempoh 25 minit….. hu! hu!

  2. SPRM itu badan berintegriti, bukan macam parti ko yg dulu maki hamun Madey lepas tu boleh siap cium mulut bila dikasih gula gula. Harap SPRM sekolah kan budak ini. Takdak kerja lain menabur fitnah dan kebencian… Biro aduan engkorang boleh selesaikan masalah dalam 48 jam ke???? JANGAN SEDAP CAKAP JE

Comments are closed.