SuruhanJaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 09 APRIL 2019

KUALA LUMPUR- Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan penahanan seorang pemimpinnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Ketua Penerangannya, Ulya Aqamah Husamudin berkata, penahanan tersebut disifatkan satu bentuk tekanan untuk mendiamkan ahli Armada yang berbeza pandangan dengan pimpinan Bersatu.

“Kita tidak mahu Malaysia mengundur ke belakang dan kuasa dijadikan alat untuk menundukkan ahli parti yang berbeza pandangan dan berani bersuara.

“Kepada sahabat Armada sentiasa berani kerana benar, jangan tunduk pada tekanan. Ingat asas perjuangan parti melawan rejim kezaliman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali telah ditahan SPRM, lewat malam tadi.- MalaysiaGazette

 

4 Komen

  1. Hotak hang.biarla sprm siasat.tak salah takut pe hang..ini kata ada tekanan org atas la twist citer lebih semua salah kait org atas . yg sedap org lain..tak berubah lagi nampaknya..

  2. Ramai lg pemimpin dalam kerajaan semasa ph tersilap diberi kuasa , yg perlu juga di siasat oleh sprm…
    So…x payah lah nk mlatah …

  3. Hehehe. Hancing le ko dok dalam lokap SPRM. Dulu ada tommy romas tolong ko… sikit hari lagi tommy pun nanti kena ramas lah jugak.

    Muda muda tengok “duit derma” yang tidak ketahuan asal usul jadi gigillah. Itu yg ko semua rajin pesta dadah hari tu. Dulu ada atuk cover sekarang lari under cover. Rasakan langit tinggi rendah. Korang sediakanlah jawapan sebelum dipanggil SPRM.

Comments are closed.