Adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia menjadi timbalan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Penyokong Gerakan PH++ sedang berusaha merealisasikan gabungan politik yang mengangkat Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalannya.

Sinchew Daily melaporkan, PH++ merupakan gabungan antara Pakatan Harapan (PH)  dengan wakil rakyat kem Dr. Mahathir, Warisan, UPKO, Parti Sarawak Bersatu, malahan mengintai Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Walaupun sebelum ini Dr. Mahathir mempertimbangkan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebagai calon Timbalan Perdana Menteri, tetapi penyokong kerajaan PH cuba menyakinkan beliau mengenai kepentingan 39 kerusi yang dimiliki PKR jika mahu membentuk kerajaan.

Walau bagaimanapun, mesyuarat khas yang diadakan pemimpin tertinggi PKR pada Ahad telah menunjukkan pendirian bahawa parti itu menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri manakala isu Timbalan Perdana Menteri tidak dibangkitkan.

“Mesyuarat tidak berbincang bagaimana PH dan Dr. Mahathir dapat mengumpulkan jumlah wakil rakyat yang mencukupi bagi membentuk kerajaan. Isu sama ada Anwar sanggup menjadi Timbalan Perdana Menteri juga tidak dibincangkan.

“Majlis Pimpinan Pusat PKR sebaliknya menyokong sepenuhnya Anwar sebagai satu-satunya calon Perdana Menteri,” kata sumber kepada Sinchew Daily.

Walaupun PKR telah menetapkan pendirian, tetapi parti itu masih terbuka kepada perbincangan dan sedia berunding dengan rakan-rakan PH.

“Masih boleh dibincangkan, kami tidak akan menutup pintu untuk perbincangan.

“Mesyuarat telah menetapkan untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri dan kami juga memutuskan untuk menyerah kepada pemimpin parti bagi berbincang dengan parti lain,” kata sumber itu.

Sementara itu, Dr. Mahathir dilaporkan yakin untuk mendapatkan sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk membentuk kerajaan PH++.

GPS dilaporkan perlu mempertimbangkan hubungannya dengan Pas dalam Perikatan Nasional kerana kerjasama dengan Pas mungkin menjejaskan prestasinya dalam pilihan raya negeri Sarawak pada tahun depan. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Lubang pertama abam non dipatuk ular tok sawa kobra dikaki tangan dan pungkoqnya.
    Lubang kedua rupanya ular yang sama mematuk jiwa abam non hingga bertukar wajah..
    Kesan patukan kedua ini telah membodohkan otak Dan hatinya hingga hilang ingatan dengan pepatah Tamil dey tamby jgn biar nafsu jiwa dipatuk ular yang sama sampai dua Kali”. Patut bunuh ular itu ambil bisanya sebagai penawar ketika pertama kali berlaku.
    Kini ular yang sama declared “tidak punya banyak masa” dan ingin “mematuk kerana lapar” kepada tubuh yang sama…
    Herannya utk Kali ketiga ini abam non banyak “bersedia” menyerahkan badannya dibelit Dan kepala hotaknya dipatuk mungkin “hadiah terakhir” tetapi kesannya???
    Mungkin ular itu cepat mati kekenyangan tetapi abam non juga menuju azab kematian dengan belitan Dan patukan serta ditelan hidup hidup walaupun otak dah sewel!! Kesimpulannya abam non dihidupkan hanyalah sebagai umpan Manusia jelmaan….

  2. TUN hanya perlukan 2-3 tahun jer lagi… Itu pon kalu diizinkanNya… Biar TUN habiskan tugas yg belom selesai… DSAI boleh jd TPM…Kalu selama ini DSAI boleh tunggu lebih 20 tahun.. X kan 2-3 tahun lagi x boleh

  3. Ceh.. belum jd kerajaan semula lg pun masih berbalah psl sapa nak jd PM. Tak sedar lg nampaknya. Aku dulu antara rakyat yg tukar gomen sbb nak pemerintah yg lebih baik dr Najib. Tp PH takda pun niat nak jd kerajaan yg baik, putar belit manifesto, pulun nk hukum Najib dan berbalah sapa nak jd PM.
    Skang gomen baru ni nampak lebih baik. Lantikan menteri pun terbaik, takda nak rasuah jawatan ikut parti politik mcm PH. Sampa abg mat yg gagap bahasa inggeris pun diletak jd menteri paling penting negara.
    Kalau korang rasa korang bubar parlimen, rakyat akan pilih korang balik, sori laaa.. satu kerusi pun silap2 kami tak undi korang dah

Comments are closed.