Kenyataan dan infografik ini tidak dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

KUALA LUMPUR – Kenyataan dan infografik yang sedang tular melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp serta Telegram berkaitan “Jumlah Pengangguran Terus Meningkat Dan Tertinggi Dalam Sejarah 2.05 Juta Orang – Jabatan Perangkaan Malaysia” (seperti gambar) tidak dikeluarkan oleh jabatan ini.

Sehubungan itu, Jabatan Perangkaan Malaysia meminta orang ramai berhati-hati dan tidak menggunakan nama jabatan ini bagi statistik yang tidak rasmi atau kiraan sendiri.

Untuk makluman semua, Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan Statistik Utama Tenaga Buruh, Malaysia, Mac 2020 dan Laporan Survei Tenaga Buruh, Malaysia, Suku Pertama 2020 (ST1 2020) pada 8 Mei 2020 yang memaparkan Statistik Tenaga Buruh, Guna Tenaga dan Pengangguran yang diperoleh daripada Survei Tenaga Buruh (STB).

Laporan tersebut menyatakan, pengangguran pada bulan Mac 2020 berjumlah 610,500 orang berbanding 521,300 ribu orang yang dicatatkan pada bulan yang sama tahun 2019. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA jangan jadi kayu!!
    sila saman page SR aka page PELIWAT sbb mengeluarkan kenyataan palsu dgn menggunakan nama JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA utk memberi gambaran buruk kepada kerajaan PN!!
    SAMAN PAGE HARAM TU!!!!

  2. Nampak sangat bodohnya persepsi dijadikan tularan fitnah pihak pembangkang nak mengadu dombakan kerajaan PN dengan rakyat.

Comments are closed.