Liga Perdana Inggeris
Liga Perdana Inggeris

LONDON – Liga Perdana Inggeris (EPL) mengesahkan tiada kes positif dalam ujian saringan terkini Covid-19 sekaligus memberi suntikan baharu untuk liga yang akan kembali pada 17 Jun ini.

Bermula Khamis dan Jumaat lalu, seramai 1,195 pemain dan kakitangan kelab diuji dalam saringan keenam yang dilakukan pada Khamis dan Jumaat.

“Liga Perdana mengesahkan yang pada Khamis 4 Jun dan Jumaat 5 Jun, seramai 1,195 pemain dan kakitangan kelab diuji untuk COVID-19. Daripada ujian ini, tiada keputusan positif,” umum EPL dalam satu kenyataan semalam.

Ini bermakna hanya 13 kes positif daripada keseluruhan 6,274 ujian dijalankan ke atas pemain dan kakitangan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris.

Ujian akan terus dijalankan setiap dua minggu dalam usaha menyempurnakan saingan liga yang tertangguh sejak Mac akibat pandemik berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast