10 individu yermasuk 5 perempuan berusia antara 19 hingga 30-an ditahan private party dengan arak di Kondominium mewah di Jalan Ampang awal pagi tadi.Foto Ihsan: IPD Wangsa Maju

KUALA LUMPUR – Tindakan sekumpulan 10 warga tempatan yang berparti di sebuah kondominium di Jalan Ampang ditahan polis dalam serbuan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, serbuan dibuat oleh pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju sekitar jam 1.30 pagi.

“Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh orang awam, polis IPD Wangsa Maju telah menyerbu sebuah kondominium berkenaan dan hasilnya berjaya menahan lima lelaki dan lima perempuan berusia dalam lingkungan 19 hingga 31 tahun.

“Turut dirampas sejumlah botol dan tin minuman keras (arak) serta peralatan muzik elektronik dan hasil siasatan awal mendapati peserta private party yang hadir adalah terdiri dari rakan rakan rapat dan dijemput melalui aplikasi WhatsApp dan tiada sebarang bayaran dikenakan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

10 individu yermasuk 5 perempuan berusia antara 19 hingga 30-an ditahan private party dengan arak di Kondominium mewah di Jalan Ampang awal pagi tadi.Foto Ihsan: IPD Wangsa Maju.

Tambah Rajab Ahad, hasil soal siasat lanjut ke atas kesemua individu itu mendapati unit kondominium tersebut telah disewa oleh salah seorang saspek yang ditahan dengan kadar RM250 sehari.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua saspek negatif dadah dan dibawa balik ke IPD untuk siasatan lanjut kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 (PKPB) dengan berhimpun bagi tujuan sosial (aktiviti hiburan).

Menurut beliau, kesemua saspek disiasat di bawah Peraturan 15 Peraturan – peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LangkahLangkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh membawa hukuman denda RM1000.00 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

10 individu yermasuk 5 perempuan berusia antara 19 hingga 30-an ditahan private party dengan arak di Kondominium mewah di Jalan Ampang awal pagi tadi.Foto Ihsan: IPD Wangsa Maju”Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti jenayah kerana tindakan tegas berdasarkan undang undang akan diambil kepada yang ingkar.

“Polis Wangsa Maju juga menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan berhubung PKPB atau pun punyai sebarang maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis berhampiran,” tegas beliau.- MalaysiaGazette