Ketua Pemuda ISMA, Ariffin Manan

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) akan menjadi pendesak agar kerajaan meminda akta berkaitan dengan kes pemandu mabuk.

Ketua Pemuda ISMA, Ariffin Manan juga menyeru penyertaan penduduk semua bangsa mendesak bersama bagi tujuan yang sama.

“Saya mengarahkan semua ahli Pemuda ISMA di setiap cawangan untuk bersama sama penduduk setempat membantah jualan arak secara terbuka dan membentuk tim kajian dan pendesak agar pihak kerajaan bertegas di dalam meminda akta berkaitan arak.

“Isu arak adalah isu semua merentasi sempadan agama dan kaum. Hanya yang bertuhankan nafsu yang menyokong industri arak,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ariffin, pihaknya juga telah menyatuni Zahlawati Zahlan yang baru sahaja kehilangan suami akibat dilanggar pemandu yang disyaki mabuk di ibu kota baru-baru ini.

“Sempat juga kami sampaikan sedikit sumbangan kewangan bagi meringankan beban beliau sekeluarga,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast