Gambar hiasan

SINGAPURA – Harga minyak naik lebih 2% dalam dagangan hari ini kepada paras tertinggi dalam tempoh tiga bulan selepas Pertubuhan Negara Pengeksport-Pengeksport Minyak (OPEC) dan sekutu-sekutunya termasuk Rusia melanjutkan pemotongan bekalan minyak sehingga akhir bulan depan.

Penanda aras global bagi Brent melonjak setinggi AS$43.41 setong dan didagngkan pada AS$43.32 pada 0000 GMT, naik AS$1.02 atau 2.4%.

Manakala West Texas Intermediate (WTI) naik AS$0.83 atau 2.1% kepada AS$40.38 setong.

Kedua-duanya merekodkan paras tertinggi sejak 6 Mac.

Brent telah meningkat hampir dua kali ganda sejak awal April, disebabkan pengurangan pengeluaran sebanyak 9.7 juta tong sehari oleh OPEC, Rusia dan sekutu-sekutunya.

OPEC memutuskan untuk melanjutkan pengurangan bekalan dunia hampir 10% dalam pasaran pada Sabtu lalu.

Ia merupakan pengurangan satu per tiga hingga akhir Julai.

Berikutan perjanjian itu, pengeluar minyak utama, Arab Saudi meningkatkan harga minyak mentah bagi bulan Julai. – MalaysiaGazette