Brandon Williams (atas) dan Dean Henderson.

LONDON – Dua pemain muda, Brandon Williams dan Dean Henderson dilaporkan semakin hampir untuk menandatangani lanjutan kontrak baru dengan tawaran gaji baharu bersama Manchester United.

Tawaran itu sekaligus memberi bayangan mereka mempunyai masa depan yang cerah di Old Trafford.

United mahu mengekalkan Henderson, 23, dengan harapan beliau dapat menggantikan De Gea pada masa depan.

Kelab itu mahu mengikatnya secepat mungkin kerana beberapa kelab mungkin menawarkan tempat dalam kesebelasan utama untuk Henderson.

Sehingga kini, Henderson yang dipinjamkan ke Shefield United musim ini telah menarik perhatian Chelsea, Dortmund, PSG dan Juventus.

Sementara itu, William yang merupakan pemain pertahanan berusia 19 tahun itu telah menunjukan aksi yang hebat di luar jangkaan sehingga membuatkan pengurus United Ole Gunnar Solskjaer membawa pemain itu ke pasukan senior United.

Pemain tersebut berjaya memanfaatkan peluang yang diperolehi dengan baik apabila muncul dalam 25 perlawanan di semua pertandingan dan telah menjaringkan gol pertamanya di peringkat senior untuk United. – MalaysiaGazette