Datuk Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff sebagai pengerusi baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 15 Jun ini.

Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata Rais Hussin menggantikan Datuk Mathialakan Chelliah yang telah memangku jawatan tersebut selama dua tahun.

Menurutnya, Rais Hussin merupakan seorang usahawan dan berpengalaman luas dalam bidang perniagaan, teknologi maklumat dan komunikasi serta berkelulusan Ijazah Kedoktoran dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Beliau juga merupakan pengarang-bersama buku berjudul ‘4IR: AI, Blockchain, Fintech – Reinventing a Nation’, kata Saifuddin dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau yakin bahawa Rais Hussin akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dalam usaha membangunkan ekonomi digital negara.- BERNAMA