Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) telah menolak cadangan supaya Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri (PM) selama enam bulan sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sinchew Daily melaporkan, PH+ yang terdiri daripada PKR, DAP, Amanah, Warisan dan kem penyokong Dr. Mahathir gagal mencapai persetujuan mengenai calon PM.

Dalam mesyuarat yang dijalankan baru-baru ini, PH telah bersetuju supaya Anwar menjadi calon PM, sementara Dr. Mahathir mencadangkan dirinya sebagai PM manakala Anwar sebagai timbalannya.

“Dr. Mahathir mencadangkan supaya beliau menjadi PM selama enam bulan sebelum menyerahkan jawatan kepada Anwar jika PH berjaya mengambil alih kuasa pentadbiran.

“Cadangan ini bagaimanapun tidak diterima PH,” kata sumber kepada Sinchew Daily.

Menurut sumber, Dr. Mahathir berharap diberi peluang untuk menunjukkan dirinya sebagai ikhlas dalam menyerahkan kuasa kepada Anwar.

“Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal telah menyuarakan sokongan supaya Dr. Mahathir menjadi PM.” katanya.

Kata sumber lagi, mesyuarat selama tiga jam tertumpu kepada soal PM dan tidak berbincang tentang calon Timbalan Perdana Menteri.

Kegagalan mengenai calon PM juga menyebabkan satu lagi mesyuarat dijangka diadakan pada Selasa depan.

Mengenai kenyataan Anwar bahawa PH hanya mempunyai 107 kerusi, sumber berkata, angka sebenarnya adalah “mencukupi.”

“PH dan pihak Dr. Mahathir masih berbincang dengan GPS,” katanya. –  MalaysiaGazette

11 Komen

  1. Perbincangan bersekitar perkara yang tiada lansung kaitan dengan kesejahteraan rakyat. Hanya mandat hantu saja yang sokong ph ni.

  2. Mesyuarat tak da faedah.. agenda nak rampas lagi..sudah2 lah..rakyat dah muak dah

  3. Ngata kat PN beli ahli parlimen, habis yg depa p dok pujuk GPS tu, sembang pakai air kosong ja ka? Masing2 masih dok gaduh psl jawatan, bukan psl cari idea nak settle masalah negara. Klu hampa rakyat yg baca ni masih dok sokong puak puak ni, tak tau nak kata la tahap buta karey tara mana.

  4. Rakyat lebih suka PRU15 diadakan daripada kerajaan di serah balik kepada PH. Biar rakyat yang menentukan, tak payah berebut-rebut sana. DSAI pun bukan bodoh sampai percaya dia boleh dipermainkan untuk kali kedua.

  5. Cerita BADANG…..Tun(hantu) dn Anwar (Badang)…Tun menawarkan ANWAR jika kamu nak KUASA dan KUAT…KENA makan MUNTAHKU….ADAKAH ANWAR sanggup makan muntah??SEKONGKOL dgn KAKI KENCING HANCING???anwar dalam DILEMA

  6. Sorang hantar ke tanjung rambutan. Sorang hantar ke tampoi, barulah tak saling berebutan…

  7. Jadi PM untuk 6 bulan boleh beralih kepada 6 tahun dan sampai mati(langkah mayat dia dulu). Beri satu hari pun pada dia dia boleh ubah segalanya macam memadam tulisan di papan hitam atau papan putih. Kslau dan muka penipu putar alam macam dia ni sath saat pun tak boleh bagi. Sebab dia macam Si Kitol yang terkenal dengan putar alam dan penyamun tarbus. Tah payahlah nal berhias peribahasa galah panjang sejengkal tu sebab kalau anwar naK jadi PM perli tolak dia ke lubang kubor. Kalau bersama dia nanti percayalah Anwar bahawa ramai ZMP yang menyokong kamu akan mula meninggalkan kamu. Jangan jadi macam orang bodoh nak percaya apa dia cakap dan janji.

  8. cukup2 lah atok jadi pm. sekali tipu orang tak percaya lagi sampai bila2. atok balik lah. biar orang muda2 pegang peranan . orang tua beri nasihat dan pandangan.

  9. sungguh ajaib manusia yg bernama mahathir n anwar ne,hidup mereka terlalu sayangkan dunia agaknya

  10. wow bincang TIGA jam soal sapa JADI PM.

    Ingat bincang perancangan untuk menggerakkan ekonomi; Menghadapi covid 19 post effects or rancangan untuk meringankan beban rakyat.

    HOI…… fly kites le

Comments are closed.