Muhyiddin Yassin answers Mahathir Mohamad Najib Razak power
Dr. Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa lebih ramai pemimpin UMNO akan dibebaskan daripada pertuduhan di mahkamah tidak lama lagi.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, langkah itu bagi mengukuhkan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri kelapan negara di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Jika enam orang ini didapati bersalah oleh mahkamah, mereka tidak lagi jadi wakil rakyat. Dengan itu penyokong Muhyiddin tinggal 108 – iaitu kurang dari separuh.

“Maka Kerajaan Muhyiddin pun akan jatuh.

“Sebab itu Muhyiddin akan tentukan enam orang wakil rakyat akan didapati tidak salah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mereka menurut Mahathir adalah Datuk Seri Najib Abdul Razak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Najib kini berdepan berdepan tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International dan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Sementara Ahmad Zahid kini berhadapan dengan 84 pertuduhan membabitkan kes pecah amanah dan penggubahan wang haram berjumlah puluhan juta ringgit wang milik Yayasan Akalbudi.

Dalam pada itu, Mahathir berkata, Muhyiddin akan “menentukan” enam ahli parlimen UMNO yang berdepan kes mahkamah atas tuduhan rasuah tidak akan disabitkan kesalahan.

Jelas Mahathir, sekiranya Ahli Parlimen UMNO itu didapati bersalah oleh mahkamah, mereka tidak lagi jadi wakil rakyat, yang akan menyebabkan kerajaan yang dipimpin Muhyiddin tumbang kerana kekurangan majoriti.

“Sekarang jumlah wakil rakyat yang menyokong Muhyiddin hanya 114, iaitu tiga sahaja lebih dari separuh (daripada 222 kerusi kesemuanya).

“Sudah tentu enam orang ini juga akan didapati tidak bersalah. Maka selamatlah Muhyiddin.

“Dunia akan ketawa melihat Kerajaan pintu belakang ini putar undang-undang. Yang salah tidak salah. Yang benar salah,” katanya lagi.

Selasa lalu, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, daripada semua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas diberitahu oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Azhar Abdul Hamid, bahawa pihak pendakwaan menarik balik semua tuduhan terhadap Musa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

17 Komen

  1. Apabila mantan pakar bercakap ianya adalah seolah-olah KUN FAYKUN!
    Jadi selama masa engkau menjadi kepala tentunya perkara yang kau sebut akan berlaku telah pun dilakukan.
    Semoga Allah menunjukkan penganiayaan kamu terhadap sesama umah sebelum kamu menghembuskan nafas terakhir. Amin.

  2. Kau ingat kau sorang saja yang boleh buat keputusan. Muhyidin atau orang lain tak boleh. Mass kau jadi PM kah lupa kau lepaskan orang orang tertentu yang berpigak kepada kau termasuk LGE Rafizi Taikun Cina tu Sapi bebal dan lain lain. Lau dah lupa ke atau kau memang nyanyok sebab kubor dah panggil.

  3. Bukan Parti AAD… Parti “Apa Aku Dapat”
    Tapi Parti AAAD…laaa…
    Parti “APA ANAK AKU DAPAT”…!!!

  4. Hei orang tua bodoh. Kalau tak salah kenalah lepaskan. Kau tu yang sepatutnya duduk kat kandang salah tu dan kemudian masuk jel.

  5. Buat apa tun lagi kacau kerajaan sekarang, bukan kah tun sendiri yang mahu letak jawatan. Tuiada orang paksa tun. Kalau dah letak jawatan, sudahlah tak habis-habis mahu ambil balik jawatan buat apa. Jadi PM untuk 6 bulan buat apa.

  6. Ketua Hakim Negara Madey lantik Ketua Polis Negara jugak… Takkan SYAITAN tak yakin dengan orang yang ko sendiri lantik. TSMY tak tukar sapa sapa pun termaduk Letfy Koyak n Tommy Romas yg berenti sendiri kerna sedar mereka lantikan politik. Madey… Ko Mulut bangkai betul

  7. Si tua perancang diri nye masuk neraka ……amat malang usia yang panjang di sia2 kan.

  8. This old has lost his wisdom,the magical touch and aura of the past. Now most Malaysians hate him. They also pray that he quietly disappear from political arena of Malaysia. He is the cause of all the troubles the people have to face. Hilang Mahathir, Anwar, Guan Eng, Kit Siang dan lain-lain dari persada politik negara akan membawa sinar baharu pada negara. Rakyat akan rasa aman dan sejahtera.

  9. woi mamak babi! ko lepaskan Guan Eng, ko lepas kan shafie afdal, ko sendiri tutup skandal RCI ko apa cerita? babi punya mamak mcm ulaq

  10. Kalau kamu tun nak dakwa muhyiddin lepaskan Najib,Bukan disini tempatnya.kamu dakwa lah dimahkamah.kamu yang bersengkongkol dengan gopal sri ram untuk kenakan Najib.kamu nak nafi sudah viral di media sosial.kalau itu fitnah samsnlah bekas peguam negara Apandi Ali..supaya rahsianya telanjang semua dimahkamah,itupun jika kamu berani.

  11. Harap PDRM ambil tindakan keatas mangkok usang ini sebabnya membuat fitnah keatas keputusan mahkamah sebelum diputuskan. Mangkok haramjadah ini mungkin terlibat membebaskan penjenayah semasa 22 bulan kuasanya, disebabkan perkara Salah ini selalu dilakukan maka dia juga berfikir orang lain juga sepertinya… Uncle Eng camner?? selamat….. yerr.. Tomi Termos????

  12. bila la si tua nyanyok berpuaka nie nak mampos,
    xabis2 dok meroyan,
    babi betul,
    perangai lagi teruk drpd iblis si tua puaka nie

  13. Sebenarnya inilah budaya politik kotor yang diamalkan oleh dr mahathir sepanjang dia berkuasa sebagai PM demi menjaga kedudukannya dari jatuh. Nyatanya, Ops Lalang, kerahannya dibawah ISA dulu, dan penganiayaannya terhadap ahli politik yang tidak sehaluan dengan kehendaknya sejauh 22 bulan dia menggunakan cengkaman SPRM pula. Memang lahanat orang yang bernama dr mahathir mohamad ni. Jumpa mampos tepi jalan pun, patut kencingkan saja bangkai dia…

Comments are closed.