Seri Paduka berdua berkenan menyampaikan sumbangan kepada keluarga Tuan Azmi Tuan Hassan di Kampung Bukit Kuin 2, Jalan Sungai Lembing.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong hari ini mengenepikan protokol berangkat menyantuni golongan yang memerlukan di Kuantan, Pahang.

Seri Paduka berdua berkenan menyampaikan sumbangan kepada keluarga Tuan Azmi Tuan Hassan di Kampung Bukit Kuin 2, Jalan Sungai Lembing.

Seri Paduka berdua turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada dua lagi keluarga di Kampung Pasir Kemudi, Jalan Sungai Lembing dan Kampung Bukit Kuin 1, Jalan Sungai Lembing, Kuantan.

“Keberangkatan Seri Paduka berdua mencerminkan keperibadian tinggi dan keprihatinan Seri Paduka Baginda berdua terhadap kebajikan golongan-golongan yang memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup mereka,” ujarnya kenyataan Istana Negara di media sosialnya hari ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

Comments are closed.