Shuib Sepahtu

KUALA LUMPUR – Bakal menambah cawangan kedai minumannya, pelawak Shuib Sepahtu terkejut apabila ratusan hadir di kedainya untuk memohon bekerja dengannya.

Menerusi video yang dikongsikannya di Instagram, kelihatan calon untuk ditemuduga sanggup berbaris panjang.

Namun beliau berkata kekosongan yang diperlukannya adalah lebih 100.

“Ya Allah tak sangka interview #BubbleBee dihujani dengan ratusan calon yang datang. Semoga ada rezeki kalian bersama BubbleBee. Insyallah lebih dari 100 orang akan bersama dengan kami nanti. Terimas kasih di atas support yang luar biasa,” tulisnya pada kapsyen beserta video yang dimuatnaik itu.

Hujung tahun lalu, Shuib melebarkan sayapnya dalam dunia perniagaan apabila membuka kedai minuman berasaskan madu ‘bubble’ yang menjadi tren pada masa ini. – MalaysiaGazette