KUALA LUMPUR – Kelab Sahabat Najib Razak 87 (N87) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasat DiRaja (RCI) bagi menyiasat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Guan Eng berhubung simpanan kewangan negara ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Kerjanya, Mohd Fathir Mohd Amin menegaskan, hutang negara yang didakwa mencecah RM1 trilion yang disebut-sebut oleh Dr Mahathir dan Guan Eng sebelum ini jelas bertentangan dengan keadaan semasa kewangan negara hari ini.

“Kami mendapati kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa keadaan kewangan negara sebenarnya kukuh.

“Semakan kami juga mendapati Dr Mahathir dalam satu majlis pelancaran rangsangan ekonomi semasa menjadi Perdana Menteri mengatakan bahawa kerajaan ketika itu mempunyai simpanan tinggi sehingga RM2 trilion.

“Ia bercanggah dengan kenyataan yang dibuat Dr Mahathir sebelum ini kononnya keadaan kewangan negara amat kritikal,” katanya pada sidang media di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Terdahulu beliau bersama Setiausaha Agungnya, Abdul Rahim Abdul Rahman; Bendahari, Datuk Wira Asari Ibrahim dan AJK, Shahbudin Embun membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan itu.

Mohd Fathir juga menggesa pihak polis menyiasat dua pemimpin PH itu mengenai keadaan kewangan negara yang didakwa sebelum ini boleh menyebabkan negara muflis.

“Kerajaan PH sebelum ini membuat pinjaman luar bernilai ratusan bilion ringgit, malah menjual hampir kesemua aset strategik orang Melayu bernilai puluhan juta ringgit di bawah Khazanah Nasional.

“Selama 22 bulan rakyat diperbodohkan, namun segalanya terbongkar apabila kerajaan sekarang pakej rangsangan ekonomi lebih RM250 bilion dalam menangani wabak Covid-19,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rahim pula menegaskan bahawa kerajaan hari ini wajib mengambil tindakan tegas terhadap semua fitnah dan tohmahan terutamanya daripada Menteri Dr Mahathir dan Guan Eng di atas pelbagai penipuan aset dan liabiliti negara.

“Mereka sebelum ini sewenang-wenangnya membuat dakwaan yang palsu.

“Kes penipuan ini pula dilonggokkan kepada orang lain, sebenarnya dialah punca penipuan dan fitnah ini

“Kami berharap kerajaan jangan berlengah mengambil tindakan sewajarnya, bawa ke muka pengadilan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Sebab itu mahathir beria2 nk rampas kerajaan semula takut kena tubuh RCI siasat dia dgn apek sepet tu… Takut tertangkap seleweng duit negara…. Harap3 percepatkan tubuh RCI biar dunia tau siapa mahathir dan kroni2

  2. SPRm kena siasat juga tentang kleptokrasi RM 100 billion semasa 22ctahun jadi PM4. Kita kena sapatka balik RM100 billion yang dia klepet. Itu duit kerajaan untuk rakyat. Harap dapat disegerakan dakwa dulu sementara lengkapkan dokumen pendakwaan.

  3. HHa mcmlh bersih dan rakyat tidak mengetahuinya ap perbuatan mereka.cuma kuasa membatasi untuk rakyat bertindak bersendirian.sekarang rakyat berharap sangat RCI dapat ditubuh dengan segera didewan rakyat pada mesyuarat bulan julai akan datang ini.

  4. Eloklah tubuh RCI tu. Kecurangan mahathir dan guan eng pengkhianat negara ni wajib disiasat, didakwa dan dihukum.

Comments are closed.