Akmal Nasrullah Mohd Nasir

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak menyokong cadangan melantik Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri (PM) lagi sekiranya Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa.

“Maaf, saya dan rakan-rakan AMK tidak bersetuju,” kata Ketua AMK, Akmal Nasir dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau percaya pendirian AMK mewakili suara akar umbi PKR dan pendokong PH.

Beliau mengulas cadangan DAP melalui Anthony Loke semalam yang menyatakan secara terbuka mengenai kesediaan untuk menyokong Mahathir sekali lagi sebagai PM.

“Memang benar, jika dibiarkan Perikatan Nasional berkuasa, maka keadaan akan terus bertambah mudarat tetapi sudah-sudahlah dengan kaedah memilih kejahatan dari kalangan jahat-jahat ‘esser than two evils.

“Sekiranya rakan-rakan lain mahu mengembalikan mandat rakyat, yakinkan yang berlima itu untuk menyokong PH, bukannya menggadaikan sokongan kita buat kali kedua,” katanya yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru.

Menurut Akmal, kewajaran PH untuk membentuk kerajaan adalah untuk membawa perubahan ke arah kebaikan dan membela rakyat kebanyakan, bukan dibelenggu dengan ketidak tentuan atau polemik berpanjangan.

“Ingatlah, kejatuhan kerajaan PH tidak akan berlaku sekiranya Perdana Menteri ketika itu tidak meletakkan jawatan tanpa perbincangan dengan PH.

“Kita bukan tidak sedar, pintu belakang sebenarnya dibuka jauh lebih awal yang mana mandat rakyat telah dikhianati dan dipijak begitu sahaja,” katanya.

Sebagai contoh, katanya, semasa pemerintahan PH, PKR tidak pernah mencadangkan Datuk Seri Mohamed Azmin dan kartelnya untuk dilantik sebagai menteri tetapi diangkat oleh Mahathir dan tubuh kabinet ikut seleranya.

“Dasar pecah perintah sebegini rupa menyebabkan habis porak-peranda parti. Sampai sekarang, tindakan Azmin dengan Langkah Sheraton-nya langsung tidak dikecam.

“Bila ditanya atau mohon pertimbangan, mulalah ditunjuk taring kuasa eksekutif.

Ketika kita ada sokongan rakyat dan memiliki panduan yang jelas, perjuangan PH diketepikan dan keputusan-keputusan Mesyuarat Majlis Presiden, Majlis Tindakan Negeri dan lain-lain terus-menerus tidak dipedulikan, katanya.

“Itulah, hendak ditegur tidak boleh sebab manifesto bukan kitab suci.

“Macam mana nak nafikan cerita komplot apabila berduyun-duyun kemasukan Ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu disambut mesra yang mana hari ini terbukti tiada seorang pun setia dengan PH.

“Dalam keadaan PH diserang teruk dengan sentimen agama dan perkauman, bukan hendak diredakan tetapi ditambahnya perpecahan seperti melalui Kongres Maruah Melayu.

“Pendirian saya dan AMK, kami tidak akan menyokong kerosakan yang sama buat sekian kalinya,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Kalau nak categorykan lesser of two evils ph dengan kutty ialah evil yang keterlaluan sehingga orang gila saja yang boleh menerima.

  2. Sampai hati amk buat mcm tu kt bekas pm7, apa mereka sedar x siapa pm7 tu dah bnyk jasa dan KEROSAKAN yg pm7 dh buat utk negara, aml x patutnya buat mcmtu sepatutnya aml patut suruh pm7 bersara jer dr politik dan kembali bersama keluarga beliau.

Comments are closed.