Reaksi penyerang Mainz, Jonathan Burkardt (kiri) selepas meledak gol ketika menentang Dortmund, semalam. - Foto AFP

BERLIN – Jaringan Jonathan Burkardt menyaksikan pasukan kerdil Jerman, Mainz semakin selamat di Bundesliga dengan kemenangan mengejutkan 2-0 mengatasi Borussia Dortmund awal pagi tadi.

Burkardt membuat kemunculan kedua dalam kempen dengan memberi kejutan buat pasukannya apabila menanduk masuk hantaran lintang Ridle Baku selepas setengah jam.

Gol berkenaan mencetuskkan persembahan baik buat Mainz yang kemudiannya menggandakan kelebihan menerusi penalti Jean-Philippe Mateta seterusnya menjauhi zon penyingkiran.

Ketika kelayakan ke Liga Juara-Juara sudah disahkan dan Bayern mengesahkan mahkota kejuaraan, pasukan tangga kedua Dortmund tampak tidak bersungguh-sungguh dan jarang mengancam kedudukan pelawat.

Berbaki dua lagi perlawanan, Mainz kini lima mata mengatasi pasukan tiga terbawah selepas Fortuna Duesseldorf seri 2-2 berdepan RB Leipzig.

Berikut keputusan Bundesliga Jerman awal pagi tadi:-

Eintracht Frankfurt 2 – 1 Schalke

Borussia Dortmund 0 – 2 Mainz

RB Leipzig 2 – 2 Fortuna Duesseldorf

Bayer Leverkusen 3 – 1 Cologne

Augsburg 1 – 3 Hoffenheim 3

– MalaysiaGazette