Noh Omar

KUALA LUMPUR – Tan Sri Noh Omar yang dilantik sebagai Pengerusi MISC Berhad pada 1 Jun lalu telah melepaskan jawatannya.

Peletakan jawatannya berkuatkuasa semalam selepas 16 hari pelantikannya.

Artikel berkaitan:Noh Omar Pengerusi MISC

“Tan Sri Noh Omar membuat keputusan untuk meletak jawatannya setelah berbincang dengan Perdana Menteri ,” kata MISC dalam satu kenyataan.

MISC berkata, Noh berharap lembaga dan pengurusannya MISC melakukan yang terbaik dan membawa syarikat pada tahap lebih tinggi.

“Lembaga Pengarah MISC juga menucapkan selamat maju jaya kepada Tan Sri Noh Omar,” kata kenyataan tersebut. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Would be interesting to know why he resigned after just about two weeks.
    Making public the reason may prevent speculations.

Comments are closed.