Abdul Wahid Omar bersama Abdul Rahman Ahmad (kiri) ketika mengemudi PNB sebelum pembentukan Kerajaan Pakatan Harapan.

KUALA LUMPUR – Pelantikan dan peletakan jawatan Abdul Jalil Rasheed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) cukup misteri.

Ini kerana, kemunculannya pernah didakwa tidak dimaklumkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputera.

Peletakan jawatan Jalil pula kontroversi, kata Shahrir Abdul Samad.

Situasi itu tidak pernah berlaku di PNB sebelum ini.

Lebih-lebih lagi katanya, apabila peletakan jawatan Jalil tidak diikuti oleh Tan Sri Zeti Akhtar Aziz seperti mana yang berlaku pada Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Datuk Abdul Rahman Ahmad yang diganti oleh Jalil.

Telahannya, mungkin Zeti atau Jalil bukan gandingan yang terbentuk secara suka sama suka tapi oleh pihak ketiga yang tersembunyi.

Shahrir yang berkongsi kisahnya berkata, beliau pernah meletakkan jawatan pengerusi kepada sebuah syarikat milik penuh kerajaan apabila lembaga pengarahnya tidak dilibatkan dalam pelantikan ketua eksekutif syarikat.

Sebaliknya menteri pula yang melantik ketua eksekutif syarikat dan ia merupakan kesalahan dari segi urus tadbir.

Lantaran itu, katanya, beliau undur diri atas prinsip urus tadbir yang baik.

”Saya orang UMNO dan tetap pegang kepada prinsip urus tadbir.

”TS Zeti bagaimana?,” soal veteran UMNO itu. – MalaysiaGazette