Mikel Arteta

LONDON – Brighton menunjukkan taring apabila berjaya menundukkan The Gunners dengan jaringan 2-1 dalam aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung malam tadi.

Meskipun pada awalnya The Gunners mendahului perlawanan menerusi jaringan Nicolas Pepe namun akhirnya terpaksa ‘menggigit jari’ apabila Lewis Dunk dan Neal Maupay mencetuskan kebangkitan Brighton.

Masing-masing meledak satu gol bagi memastikan tiga mata dikutip di laman sendiri.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menyifatkan kekalahan itu sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima.

Ini kerana kekalahan menyaksikan Arsenal sekadar berada di tangga ke-10 liga dengan hanya mengumpul 40 mata selepas mengharungi 30 perlawanan, enam mata di belakang penghuni tangga kelima, Manchester United.

Sebelum saingan liga ditangguhkan susulan Covid-19, Arsenal menang tiga perlawanan berturut-turut sekali gus mencerahkan peluang untuk ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Bagaimanapun, selepas tewas kepada Manchester City pada aksi pertengahan minggu dan kini Brighton, peluang semakin tipis buat The Gunners untuk ke saingan utama Eropah itu. – AFP

Berikut keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung malam tadi dan awal pagi tadi:

Brighton 2 – 1 Arsenal

Watford 1 – 1 Leicester

West Ham 0 – 2 Wolves

Bournemouth 0 – 2 Crystal Palace.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast