NEW YORK- Harga emas merekodkan paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun disebabkan kebimbangan kepada gelombang kedua wabak Covid-19 serta ketidaktentuan di Hong Kong selepas China mengumumkan butiran cadangan undang-undang keselamatan nasional.

Harga emas melonjak 15 peratus tahun ini disokong oleh pakej rangsangan ekonomi di seluruh dunia akibat perintah berkurung bagi membendung penularan koronavirus.

Harga emas terus mendapat komen positif daripada penganalisis dengan Goldman Sachs Group Inc. meramalkan harga komoditi itu akan mencatatkan rekod AS$2,000 seaun.

“Pasaran amat optimistik sejak akhir-akhir ini apabila melihat kepada data yang lemah dan aliran berita serta ketidaktentuan pemulihan kukuh,

“Tetapi satu perkara mengenai pasaran yang kita tidak boleh abaikan adalah ekonomi masih tidak bergerak dan ancaman terhadap pusingan kedua perintah berkurung masih ada.

“Ditambah pula kini sudah ada cadangan undang-undang keselamatan nasional yang menjadi umpan kepada pentadbiran Trump,” kata Pakar Strategi Penyelidikan Pepperstone Ltd. Sean MacLean.- MalaysiaGazette