TOKYO – Harga minyak stabil pada hari Selasa, mengekalkan kenaikan pada sesi sebelumnya, ketika tanda-tanda kenaikan dalam permintaan minyak susulan pengeluar-pengeluar minyak terus mengurangkan bekalan.

Minyak mentah Brent naik AS$0.06 kepada AS$ 43.14 setong pada 0046 GMT, setelah meningkat 2.1% pada hari Isnin.

Manakala minyak mentah Amerika Syarikat, West Texas Intermediate menokok AS$0.08 kepada AS$ 40.81 setong, meningkat 1.8% pada sesi sebelumnya.

“Kami mulai melihat pemulihan,” kata Pengerusi Exxon Mobil Australia, Nathan Fay pada persidangan tenaga tahunan Credit Suisse Australia yang merujuk kepada pemulihan permintaan minyak daripada kejatuhan yang disebabkan oleh sekatan pergerakan akibat koronavirus. – MalaysiaGazette