SEOUL – Korea Utara telah menangguhkan rancangan untuk melaksanakan “tindakan ketenteraan” terhadap Korea Selatan, menurut media negara itu.
Hubungan kedua-dua negara tegang dalam beberapa minggu terakhir ketika kumpulan-kumpulan pembelot di Korea Selatan merancang untuk mengedarkan risalah propaganda di sempadan.
Sebelum ini Korea Utara mengancam untuk menghantar tentera ke Zon Penampan Tentera (DMZ) di sempadan Korea,
Tetapi pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh pemimpin Kim Jong-un, media negara itu memaklumkan keputusan diambil untuk menangguhkan tindakan ketenteraan.
Suruhanjaya Tentera Pusat membuat keputusan itu setelah mempertimbangkan semua bentuk keadaan.
Lebih seminggu lalu, Kim Yo-jong, telah memberikan arahan kepada untuk bertindak jika Seoul gagal menghentikan tindakan pembelot-pembolot Korea Utara yang berada di Korea Selatan risalah anti-rejim di sempadan menggunakan belon atau mesej di dalam botol yang dihanyutkan melalui sungai.
Sejak tahun 2018, kedua-dua negara telah berusaha untuk memperbaiki hubungan dan menjaga dialog.
Tetapi hubungan itu nampaknya merosot dengan cepat dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Umumnya, ketegangan hubungan ini disebabkan perbuatan kumpulan pembelot yang berada di Korea Selatan menghantar risalah ke Korea Utara.
Korea Utara berpendapat risalah tersebut melanggar perjanjian antara kedua-dua negara untuk mengelakkan konfrontasi.
Pemerintah Korea Selatan telah berusaha menghentikan kumpulan yang mengirim risalah melintasi sempadan dengan alasan tindakan mereka menyebabkan penduduk dekat sempadan berisiko.
Awal bulan ini, Korea Utara telah memutuskan talian komunikasi dengan Korea Selatan termasuk talian hotline antara kedua-dua pemimpin.
Jumaat lalu, Korea Utara memusnah Pejabat Hubungan Antara Korea, pada bahagian sempeadannya.
Bangunan itu dibina dua tahun lalu untuk memastikan dialog diadakan antara dua negara. – MalaysiaGazette