KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras sedang mengesan dua suspek kes dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi tujuan siasatan.

Mereka ialah Koh Xian Heng, berusia 26 tahun, yang alamat terakhirnya di No. 20, Jalan 7/7, Taman Indah, Batu 11, 43200 Batu 9, Cheras, Selangor.

Manakala seorang lagi ialah seorang wanita bernama Yoong Wei Cheng, 23 tahun.

Lokasi terakhirnya ialah di No. 305, Jalan SS 2/2, Sea Park, 47300 Petaling Jaya, Selangor.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Insp Kalidasan A/L V.Rajakumar (Pegawai Penyiasat Narkotik, IPD Cheras) di talian 011-16367407 / 03-92050357, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast