BRUSSELS – Walaupun wabak Covid-19 semakin reda di Eropah, tetapi jangkitan semakin teruk di seluruh dunia.
Jumlah jangkitan koronavirus baharu itu dijangka mencapai 10 juta minggu depan dengan angka kematian 500,000, kata Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Dr Tedros berkata, beliau tidak pasti sama ada para saintis dapat mewujudkan vaksin bagi Covid-19, tetapi mereka mungkin memerlukan satu tahun untuk menciptakannya.
Bercakap melalui sidang video kepada Timbalan Jawatankuasa Kesihatan Parlimen Eropah, Dr Tedros berkata, jika penemuan vaksin itu menjadi kenyataan, ia sepatutnya tersedia kepada semua.
“Ia sangat sukar untuk menyatakan secara pasti bahawa kita akan mempunyai vaksin.
“Kami tidak pernah memiliki vaksin untuk koronavirus. Jadi kita berharap ia dapat ditemui, ia akan menjadi yang pertama,” katanya.
Tambah beliau, WHO sudah mempunyai lebih dari 100 calon vaksin, yang mana salah satunya berada pada tahap perkembangan yang maju.
“Berharap akan ada vaksin, dianggarkan mungkin dalam setahun. Jika cepat, mungkin dalam beberapa bulan. Itu yang dimaklum oleh saintis,” katanya. – MalaysiaGazette
jus asunta.. itulah vaksinnya. Tapi siapa nak percaya. x scientific dan penemuan oleh org melayu pulak tu, bukan gigantic farmasi! Amerika jugak dah hentikan anti malaria..of courselah tak sembuh, itu for malaria,bukan utk covid! Nget ngot… Malaysia ni, org cerdik pandai pun tak pandai,sbb ada sifat riak dan takbur! Dah ada d depan mata, tak nak, nafi, ingkar..lantak kau oranglah