Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Universiti Putra Malaysia (UPM) meneruskan rentak kecemerlangan dalam penarafan antarabangsa apabila berjaya menjadi universiti pertama di Malaysia tersenarai pada tangga ke-10 terbaik dunia dalam ranking QS 2021 World University Rankings 50 Under 50 berbanding tangga ke-12 pada tahun lepas.

Ini adalah peningkatan secara berterusan selama lima tahun berturut-turut, sekali gus membolehkan UPM mengekalkan kedudukan sebagai universiti muda terbaik di Malaysia, Naib Canselor, Prof Dr Aini Ideris.

Pencapaian yang membanggakan ini membuktikan universiti muda seperti UPM mampu meraih kecemerlangan, reputasi dan penjenamaan imej setanding dengan universiti lain yang lebih awal ditubuhkan.

Kejayaan ini turut menyaksikan prestasi UPM naik dalam hampir semua indikator yang dinilai dengan indikator pelajar antarabangsa meraih markah tertinggi, selari dengan usaha UPM dalam memperkukuhkan kerjasama antarabangsa melalui pelbagai program pengantarabangsaan.

Penilaian QS Top 50 under 50 ini menggunakan enam indikator yang sama seperti penilaian QS World University Ranking iaitu Academic Reputation (40%), Employer Reputation (10%), Student to Faculty Ratio (20%), Citations per Faculty (20%), International Faculty (5%) dan International Students (5%).

Menurutnya, kejayaan demi kejayaan yang direkodkan oleh UPM dalam penilaian badan antarabangsa seperti ini membuktikan UPM berada pada landasan yang betul dalam menyediakan ekosistem pendidikan tinggi yang terbaik kepada pelajar tempatan dan antarabangsa.

Ianya juga selari dengan dengan visi UPM iaitu, menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa. – MalaysiaGazette